Twitter?
itulah pertanyaan saya sendiri ketika mula-mula ditanyakan adakah
mempunyai akaun tersebut. Dengan kepantasan teknologi maklumat sekarang,
teknologi perhubungan juga tidak ketinggalan. Itulah sebabnya pelbagai
media sosial muncul, dimana ianya membolehkan kita berhubung bukan hanya
menggunakan telefon namun melalui talian internet.
Twitter sebuah media Sosial | Gambar : Google
Bermula hanya dengan "bercakap" melalui talian "chatting", meletakkan
gambar dan status diri seperti Myspace dan Friendster. Sekarang beralih
kepada kegemaran hampir seluruh manusia diseluruh dunia iaitu Facebook
dan Twitter. Tambahan kini Google juga mengeluarkan produk media
sosial mereka yang dinamakan Google+. Semuanya adalah media sosial yang
boleh kita gunakan untuk berhubung antara rakan, keluarga mahupun
menambah kenalan dari seluruh dunia.
Logo terkenalnya adalah seekor burung yang berwarna kebiruan dan namanya
seperti didapati daripada bunyi "tweet tweet" seekor burung. Dalam
tahun 2011, pengguna twitter telah pun mencecah seramai 300juta pengguna
aktif di seluruh dunia dan ia semakin berkembang. Twitter pada asalanya
diilhamkan oleh Jack Dorsey pada tahun 2006. Twitter juga kini dipanggil "SMS internet". [wikipedia]
Twitter membolehkan kita berhubung dan mengetahui tentang
status terkini sesuatu yang kita minati. Sama ada sukan, muzik, forum,
artis, tempat dan apa sahaja sesuai dengan mottonya. "Follow yours interest"
Cara Mengunakan Fungsi Twitter
Twitter mempunyai beberapa fungsi aplikasi yang mudah. Pada
mulanya, mungkin anda akan sedikit keliru namun percayalah ianya mudah.
Sini saya akan menerangkan beberapa fungsi asas dan sedikit cara menggunakan Twitter.
1. tweets - Membolehkan kita mengirim dan menayangkan apa
yang anda fikirkan hanya sebanyak 140 huruf dalam sesuatu perenggan
untuk dikongsi. Tapi bahan yang anda kongsikan hanya boleh dibaca oleh
pengikut anda dan bukan orang lain.
2. Simbol "@" - huruf "@" adalah merujuk kepada seseorang atau sesuatu. Contohnya, jika anda menaip sesuatu dan meletakkan @mariamitasary
didalam perenggan tersebut maka secara automatik pengikut anda dan saya
akan menerima pesanan anda. Simbol "@" disebut "mention" atau "connect"
dalam twitter.
3. Simbol "#" - Dipanggil hashtag. Segala perkara yang
anda kongsikan akan ditayangkan kepada pengikut anda dan akan juga
ditayangkan di satu laman atau sebuah kumpulan mereka yang mempunyai
hashtag yang sama.
Contoh: Jika anda menulis sesuatu dan meletakkan #motivasi, apa yang anda kongsikan turut akan dibaca oleh mereka yang mempunyai hastag "#motivasi".
4. Retweet - Jika anda mengemari kiriman seseorang dan
ingin berkongsi kiriman tersebut kepada semua pengikut. Mudah hanya
tekan butang retweet dan ianya akan dikongsikan kepada semua pengikut
anda. singkatan Retweet dalam twitter adalah RT.
5. Direct Message - Pesanan anda kepada seseorang dalam
Twitter. Pesanan hanya akan dapat dibaca oleh penerima dan tidak akan
ditayangkan kepada mana-mana pengikut anda. Gunakan D atau DM untuk mengunakan direct message. Contoh " DM @mariamitasary Berapa banyak anak kucing anda?"
6. Trending / Trends - Sebuah papan carta yang menayangkan
perkara yang sedang hangat diperkatakan. Maksudnya, perkara tersebut
banyak dibahaskan atau dibincangkan diseluruh dunia atau mana-mana
tempat pilihan anda. Ianya akan menyenaraikan 10 perkara semasa yang
paling hebat diperkatakan.
Twitter dan Perniagaan
Pesanan atau perkongsian dalam twitter akan diterima serta merta.
Walaupun hanya dengan kekangan 140 huruf sahaja yang dibenarkan, namun
terdapat syarikat gergasi yang menggunakan Twitter untuk promosi produk
mereka kepada pengguna. Microsoft, MTV dan Paramounts Pictures antara
contoh syarikat yang menggunakannya. Di Malaysia antara yang saya
ketahui ialah RapidKL di @MyRapidKL.
Jadi, ideanya Twitter disebalik menjadi bahan untuk berkomunikasi antara
rakan dan keluarga, ianya boleh digunakan untuk promosi dan
mengembangkan perniagaan anda.
Dengan menggunakan Twitter, anda juga boleh meninggalkan alamat
URL untuk mempromosikan sesuatu atau gambar untuk dikongsi dan dijejaki.
Alamat URL terlalu panjang? Jangan khuatir, kerana twitter akan
memendekkan alamat tersebut secara automatik atau anda boleh menggunakan
bitly untuk melakukannya.
Bagi blogger, ada boleh mendapatkan pembaca anda dengan "tweets" alamat
url anda di dalam Twitter. Jika anda bertuah, akan ada yang akan
"retweet" alamat tersebut dan nah! anda punyai traffik ke blog anda.
@AbdoolMuttallif
Saya sendiri sudah mempunyai akaun twitter dan masih baru dalam
menggunakannya. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari tapi percayalah Twitter
amat mudah digunakan. Menarik apabila pelbagai perkongsian dapat
dilakukan hanya dengan 140 huruf. Insya-allah, mungkin suatu hari akan
dapat cara terbaik menggunakannya.
Belum punyai Twitter?
Cabar diri anda untuk menggunakannya dan lihat apa yang anda boleh
perolehi dalam 30hari. Mungkin banyak kebaikan untuk anda dan
teruskannya atau jika ianya tidak memberi apa-apa, tinggalkan sahaja.
Sudah punyai Twitter?
Tinggalkan alamat anda dalam ruangan komen atau ikut saya di Twitter di @mariamitasary atau tekan butang follow di sidebar. Jumpa anda di Twitter.
http://i-think-of.blogspot.com/2012/01/twitter-cara-menggunakan-twitter.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar