Tips temuduga kerja,
pastinya ramai para graduan mahupun pencari kerja memerlukan sebelum
menghadiri sesi temuduga. Bagi yang memohon jawatan kosong samada
sebagai guru, polis,pramugari, sektor kerajaan dan swasta semuanya
perlu ditemuduga sebelum terpilih untuk kerja dan menyertai satu-satu organisasi tersebut.
Selamat Datang ke Alam Perkerjaan | Gambar : google
DEBARAN DAN RAGAM
Saya juga pernah melalui banyak sesi temuduga kerja
sebelum mendapat pekerjaan. Perbagai jenis ragam penemuduga yang telah
ditemui. Lelaki, perempuan, pengurus, ketua jabatan mahupun pengarah dan
pemilik syarikat. Tidak dinafikan pernah ditolak mentah-mentah sebelum
habisnya sesi tersebut, agak malang bukan. Namun, kerana pengalaman yang
sudah ditimba, mulai itu, saya serba mengetahui keperluan untuk sesi
temuduga dan menemukan beberapa tips temuduga kerja berguna.
Jadi, disini ingin dikongsikan bersama TIPS UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA KERJA bagi persediaan menghadapinya bagi yang telah dijemput untuk menghadiri sesi temuduga kerja untuk sektor kerajaan mahupun swasta.
TIPS TEMUDUGA KERJA
1. Ketahui Latar Belakang Syarikat/Organisasi
Ketahui latar belakang syarikat yang menjemput anda ke sesi temuduga kerja tersebut. Selidik tentang fungsi dan misi syarikat sebelum temuduga. Anda sendiri ingin berkerja
dan berada di dalam organisasi tersebut bukan? Dengan ini, ianya
menunjukkan minat mendalam anda untuk menyertai organisasi yang telah
anda pohon tersebut.
2. Datang awal
Masa itu
Emas. Seperti yang telah diceritakan , para penemuduga adalah orang yang
bukan calang-calang orangnya. Semestinya mereka terpaksa berkorban masa
dan membiarkan sementara kerja mereka untuk sesi temuduga kerja tersebut. Jadi datang awal untuk menghadiri sesi temuduga. Jangan sia-siakan masa mereka kerana ia adalah petunjuk kepada sikap dan sifat anda. Mungkin anda boleh gagal kerananya.
3. Pemilihan Pakaian dan Warna.
Bagi lelaki, pilih pakaian kerja, kemas dan bertali leher untuk menghadiri sesi temuduga.
Bagi perempuan, gunakan baju kurung atau pakaian pejabat(skirt
panjang/seluar). Ianya menyerlahkan kreabiliti anda dan pakaian
sememangnya dapatmenambahkan keyakinan.
Pilih
warna yang sesuai. Pendapat saya, bagi lelaki gunakan warna baju yang
lembut dan seluar 'sleek' hitam. Tali leher yang warnanya sedikit
berlawanan dengan warna baju. Perempuan pula, gunakan baju yang warnanya
sama dengan warna seluar atau kain.
Contoh,
jika baju anda berwarna biru, gunakan tali leher yang berwarna hitam.
Jika warna baju dan tali leher sama, akan menenggelamkan pengunaan tali
leher anda.
ELAKKAN mengunakan Jeans dan T-Shirt!
Pengalaman saya : Pernah seorang calon temuduga datang untuk sesi temuduga, tetapi telah
ditolak awal-awal kerana pemilihan warna pakaian beliau. Baju berwarna
hitam dan kain berwarna hijau terang. Apa lagi saya boleh jelaskan?
4. Penampilan Diri.
Pastikan rambut kemas dan pendek bagi lelaki dalam persiapan menghadiri temuduga.
Perempuan pula, jika berambut panjang dan tidak bertudung, pastikan
rambut diikat dengan kemas dan bertudung dengan cara yang baik dan
betul. Bagi yang berambaut panjang, pastikan rambut kemas dan terurus.
Biarkan rambut anda mengurai tidak terurus?
Bayangkan hantu mak limah datang temuduga. :) Ke mana anda jika anda seorang penemuduga?
5. Jangan Gelojoh dan jadi Tetamu.
Anda datang untuk sesi temuduga di
tempat orang lain bukan? Jadilah tetamu. Ketuk pintu sebelum masuk,
duduk setelah dipelawa, salam kepada tuan rumah dan ucapkan terima kasih
setelah selesai sesi tersebut. Jaga tatasusila dan cara semasa anda sedang di temuduga.
Bayangkan tetamu datang ke rumah anda terus masuk dan duduk. Apa perasaan anda?
6. Bercakap Benar dan Yakin.
Ini sangat penting dalam sesi temuduga kerja tersebut.
Kerana ingin mengenali kita, perbagai soalan akan diutarakan. Contohnya
tentang latar belakang, pengalaman kerja dan pandangan. Dengarlah
soalan mereka dengan baik dan tekun. Berkomunikasi seperti biasa, tarik
nafas dan yakin.
Berterus
terang dan bercakap benar penting. Jangan terlalu meninggi diri sehingga
ke langit dan jangan terlalu merendah diri sehingga menyembah bumi.
Contoh, apakah jawapan anda jika sememangnya anda tidak mengetahui sesuatu perkara yang disoal penemuduga?
Tips Temuduga : Katakan sahaja tidak tahu dan minta maaf sambil memberi jaminan untuk mencuba mengenal atau mengetahui perkara tersebut.
7. Beri Pandangan dan Cadangan
Syarikat
perlukan pekerja yang mampu untuk memberi dan bukan pasif dalam sesuatu
tindakan dan cara berfikir. Berfikir dan memberi pendapat adalah salah
satu contoh anda adalah aktif. Saya amat yakin akan ada soalan yang
bertanyakan tentang pendapat atau cadangan anda dalam sesi temuduga.
Berikan
pandangan dan cadangan anda berdasarkan apa yang anda fikir memberi
faedah dan pulangan kepada syarikat. Berikan cadangan yang berkaitan dan
pastikan ianya tidak jauh dari Ilmu semasa anda belajar. Ini adalah
peluang baik untuk membuktikan kesan anda kepada syarikat dan membuka
peluang anda untuk mendapatkan kerja.
Tips Temuduga : Banyakkan
membaca kerana ianya bakal menambah pengetahuan. Sebagai orang baru
dalam bidang kerja, disebabkan kekurangkan pengalaman, tidak dinafikan
kita akan kurang mampu untuk merancang atau memberi pendapat bernas.
Tapi, pengetahuan yang kita perolehi daripada pembacaan adalah sumber
baik bagi menimbulkan pandangan dan mematangkan pemikiran.
Apa yang hendak dibaca? Bacalah tentang bidang yang anda ingin ceburi.
8. Tanya Soalan yang Berkaitan
Pernah dengar '2 ways communication' ? Komunikasi dua arah. Bertanya soalan penting tidak? Kenapa perlu bertanya soalan?
Baiklah,
apakah anda lakukan jika anda faham akan sesuatu topik dan rasa ingin
tahu? Tapi apa pula, jika anda tidak faham langsung dan tengah keliru.
Mampukan anda untuk bertanya meskipun satu soalan?
Itulah kepentingan bertanya soalan. Menunjukkan kematangan kita untuk menyatakan hasrat terhadap sesuatu perkara walaupun dalam sesi temuduga
yang mungkin singkat tersebut. Tanyalah apa yang ingin anda ketahui
tentang syarikat tersebut, tetapi hadkan pertanyaan anda. Mungkin hanya 1
sehingga 3 soalan sahaja. Lakukan persiapan awal tentang soalan yang
anda ingin utarakan sebelum menghadiri sesi tersebut.
9. Soalan Gaji dan Permintaan
Terdapat
pelbagai pandangan tentang soal gaji. Pada pandangan saya sendiri,
adalah baik bagi anda untuk mengetahui purata gaji untuk kerja yang anda
pohon. Sumbernya mudah, dapatkan daripada saudara atau rakan terdekat.
Tips Temuduga kerja :
Jika anda baru sahaja lepasan daripada institusi(graduan) pastikan gaji
yang dipohon adalah tidak terlalu tinggi atau tidak terlalu rendah.
Kerana jika terlalu tinggi adalah tidak setaraf dengan pengalaman, namun
jika terlalu rendah sudah pasti anda tidak berpuas hati dengan gaji
anda andainya terpilih nanti.
Pengalaman saya : Bagi
graduan baru, berkerja untuk pengalaman dahulu baru fikirkan gaji.
Dalam masa 2- 3 tahun berkerja, adakah masih tidak cukup pengalaman
untuk mendapatkan gaji yang lebih baik? Jadikan anda sendiri asset
syarikat dan lihat apa akan syarikat berikan kepada kita.
10. Doa, Tawakkal dan Terus Berusaha
Setelah selesai, berdoa dan bertawakkal selepas temuduga kerja
kepada yang Maha Besar supaya apa yang anda lakukan membuahkan hasilnya
kelak. Yakin akan apa yang anda lakukan adalah yang terbaik.
Tetapi, jika anda gagal dalam sesi temuduga
tersebut. Jangan mengalah dan teruskan berusaha. Jadikan pengalaman
dalam mana-mana temuduga yang gagal sebagai pedoman dan perbaiki
kelemahan yang telah kita lakukan. Lakukan lebih banyak persiapan
sebelum temuduga lain dan pelajari cara dan amalkan tips temuduga dengan
betul untuk berjaya.
Selamat Berjaya
Itu sahaja antara tips temuduga kerja
yang dapat dikongsikan. Samada anda ditemuduga sebagai guru,
jurutera,polis, sektor awam, swasta dan di mana sahaja, yang penting,
Yakin bahawa anda dapat menghadapi temuduga tersebut dan semoga berjaya dalam perjuangan kita.
by mutalif
Tidak ada komentar:
Posting Komentar