Pernah menerima sesuatu atau ucapan
ringkas daripada kawan, isteri, suami, sanak saudara atau bos? Mungkin
kerana sambutan ulangtahun, pencapaian atau harijadi?
Belajar Menghargai | Gambar : Google
Jadi, apa yang anda rasakan? Semestinya rasa sangat dihargai. Kebetulan, kita berada dalam Bulan Mei atau bulan penghargaan. Kenapa?
Cuba senaraikan hari-hari yang disambut dalam bulan MEI, banyak bukan.
Begitu juga saya, baru-baru ini menerima banyak ucapan selamat dan baik
daripada rakan sekeliling, keluarga dan kenalan.
Ini saya anggap sebagai penghargaan mereka untuk ulang tahun tarikh kelahiran saya ke dunia. Terima Kasih Semua.
Saya bukan menulis untuk menceritakan perihal tarikh lahir saya kepada
anda atau menghebohkannya. Cuma apa yang saya rasa tatkala menerima
ucapan tersebut membuatkan hari seperti sangat ceria. Kebanyakkan
menghantarkan ucapan di facebook, ada yang menelefon dan ada yang
menghantarkan sms.
Tentu anda tahu apa perasaan saya ketika itu dan anda juga melaluinya
bukan. Kita telitikan betapa besarnya kuasa penghargaan kepada seseorang
walaupun dengan kata-kata.
Ia membuatkan saya senyum sendirian.
Memberi penghargaan bukan hanya dengan memberikan satu hadiah
atau objek, malah dengan ucapan terima kasih kepada sesiapa sahaja juga
memberikan satu impak baik kepada perhubungan sosial walaupun ianya
hanya seketika - contohnya, penjual dan pembeli.
Pengalaman saya sendiri ketika sedang memilih untuk membeli telefon
bimbit baru. Selepas berkali-kali mencari telefon bimbit yang sesuai dan
menilai harga antara satu kedai dengan satu kedai lain.
Dan setelah beberapa hari, singgah di satu kedai dan menakjubkan hanya
dalam beberapa minit tanpa berfikir panjang sudi untuk membuat
pembayaran. Tapi harga jualan lebih mahal dari kedai lain.
Mungkin kerana sudah penat mencari berhari-hari? Tidak.
Ini kerana layanan baik jurujual yang memberikan layanan yang sangat baik. Servis selepas jualan juga baik. Ini menandakan mereka sangat menghargai pelanggan mereka.
Ini kerana layanan baik jurujual yang memberikan layanan yang sangat baik. Servis selepas jualan juga baik. Ini menandakan mereka sangat menghargai pelanggan mereka.
Kini saya menjadi pelanggan tetap kedai tersebut. Walaupun hanya untuk membeli prepaid RM10. Ini pula cara saya menghargai penghargaan mereka. :)
Belajar untuk menghargai apa yang ada walaupun dengan senyuman dan terima kasih dan lihatlah kebaikkan yang akan ianya bawakan kembali kepada anda.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar