Saya teringat semula beberapa puluh tahun
yang lepas, berada dalam sekolah tingkatan. Kelas kami telah diberikan
satu mata pelajaran iaitu kemahiran hidup. Mempelajari kemahiran tentang
kerja-kerja asas seperti menjahit, bertukang dan bercucuk tanam.
Kemahiran Diri | Gambar : Google
Dalam masa setahun, kami sekelas diajarkan dengan kemahiran-kemahiran
tadi yang pada masa tersebut saya fikirkan amat tidak bersesuaian dengan
diri. Adakah patut seorang lelaki mempelajari cara menjahit dan jenis
jahitan? Pada akhir pelajaran kami diarahkan untuk menanam dan menjaga
bunga matahari, hasilnya kami perolehi kuaci hasil tanaman sendiri.
Sekarang, apabila difikirkan semula tanggapan saya dahulu jauh salah dan
meleset. Ini berlaku apabila saya bertemu dengan seorang Jurugambar
sambilan yang kerja sebenar adalah seorang pendidik. Yang lebih
mengagumkan ketika dalam perbincangan kami apabila saya bertanyakan
kelulusannya.
Hanya sijil tapi berjaya membuka perniagaan dengan kemahiran yang beliau
ada. Dalam hati kagum dengan kekuatan usaha dan kemahiran yang
meningkatkan nilai diri beliau.
Sememangnya seorang manusia perlukan kemahiran untuk meningkatkan diri
dalam mengharungi arus pelbagai. Kita semua perlukan kemahiran kerana ;
1. Kualiti Tambahan - Antara kita punyai kualiti yang sama dan
juga berbeza. Kita juga sedari bahawa kita punyai keupayaan untuk
mempelajari sesuatu kemahiran. Justeru, dengan adanya kemahiran yang
pelbagai, ia memberikan kualiti tambahan kepada kita. Dengan kualiti
tersebut, ianya membantu dalam aktiviti harian atau perkerjaan harian
kita.
Dengan adanya kualiti tambahan ini, ia mampu membantu dalam memudahkan kerja harian kita.
2. Disiplin Diri - Berulang kali saya menjadikan disiplin diri
sebagai salah satu topik kecil untuk sesuatu perkara. Tapi, YA - Dengan
mempunyai kemahiran tertentu ianya sebenarnya mendisiplinkan diri.
Kerana untuk mempelajari pelbagai perkara ianya memerlukan masa,
ketekunan dan kesabaran. Jadi, dengan mempelajari kemahiran, ia
membentuk diri untuk lebih mentaati masa.
3. Pendapatan Sampingan - Seperti pengalaman saya tadi, kami
telah memperolehi kuaci hasil daripada tanaman pokok bunga matahari.
Kami berjaya menghasilkan sesuatu dengan pelajari kemahiran yang
diajarkan. Ambil contoh jika penghasilan daripda kuaci tadi banyak, ia
sudah boleh menjadi satu bahan jualan. Contoh lain, masa sekarang
mengambil gambar menjaga salah satu penjana kewangan sampingan kepada
kebanyakkan orang. Mungkin anda juga punyai bakat terpendam, tidak salah
untuk mencuba.
4. Cabaran Baru - Untuk mendapatkan kemahiran baru bakal timbul
satu cabaran ketika untuk mempelajarinya. Akhirnya dengan mempunyai
kemahiran memberikan kita satu pelantar untuk memulakan satu perkara
lain pula. Satu soalan, pernahkah kamu merasakan amat bosan dengan
perkara berulang yang kamu lakukan sekarang?
Mulakan cabaran baru dalam
kehidupan dengan kemahiran yang ada. Mungkin anda punyai kemahiran
untuk membuat pakaian? Tidak salah untuk mencuba dengan membuatkan baju
mungkin kepada anak atau sanak- saudara. Mungkin juga kemahiran yang
lain.
Sebenarnya hasil daripada kemahiran yang telah saya pelajari ketika
tingkatan 2, saya sendiri telah serba sedikit mengetahui cara untuk
menjahit pakaian yang sedikit terkoyak. Tambahan, saya juga mengetahui
membuatkan jahitan tadi menjadi kukuh dan kemas.
Secara ringkasnya, kemahiran hidup bukan sekadar satu matapelajaran.
Tapi, kemahiran adalah satu perkara untuk kita pelajarinya dan sebagai
satu kelengkapan bagi menjalankan kehidupan kita.
http://i-think-of.blogspot.com/2012/05/kemahiran-hidup-bukan-sekadar-pelajaran.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar